Mengenai Saya

profile yourguruamierrulscabe
Your Guru Amierrul Scabe

Assalamualakum W.B.T.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana melawat website yourguruamierrulscabe.com ini. Website ini saya bina bertujuan untuk berkongsi ilmu-ilmu yang telah saya pelajari terutama sekali berkaitan Internet marketing dan sedikit motivasi.
Saya dilahirkan di Mentakab, Pahang pada 26 Ogos 1987. Saya membesar di Taman Sri Semantan, Temerloh, Pahang dan telah memulakan pra-persekolah di Tadika Happy, Mentakab. Sekolah redah saya pula bermula di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Bahagia, Temerloh sehingga awal darjah dua sebelum saya dan bapa saya dipindahkan ke Felda Kalabakan, Tawau, Sabah. Saya menghabiskan sekolah rendah di sana sehingga darjah enam di Sekolah Rendah Kebangsaan St. Patrick, Tawau, Sabah. Mulai tingkatan satu hingga tiga, saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya, Selangor di mana ketika itu saya tinggal di Asrama Semai Bakti Felda, Kelana Jaya, Selangor. Setelah menamatkan Penilaian Menengah Rendah, saya bersekolah pula di Maktab Rendah Sains MARA, Beseri, Perlis.
Alhamdulillah sewaktu menunggu keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia, saya telah mengikuti ibu dan bapa saya menunaikan Haji. Kemudian, saya menuntut sebentar di Kolej Matrikulasi Melaka sebelum menyambung pelajaran di Kolej Mara Banting, Selangor. Setelah selesai di situ, saya kini sedang belajar di Prague, Czech Republic.
Saya mula berminat tentang bisnes terutamanya menjadikan bisnes sebagai pendapatan sampingan pasif apabila membaca buku Rich Dad Poor Dad tulisan Robert Kiyosaki. Bagi saya, buku ini membawa makna yang besar kerana telah memberi saya perspektif alternatif tentang duit dan pekerjaan. Kemudian saya mula membaca lebih banyak buku mengenai topik financial freedom. Saya melangkah satu tapak lagi ke alam bisnes dengan menghadiri salah satu kursus Dr. Azizan Osman dan melalui seorang rakan bisnes yang saya temui di situ, Ros Atiqah Fatin, kami telah memulakan sebuah projek kecil-kecilan menjual t-shirt berslogan yang dinamakan sebagai Shirtvoice. Namun, setelah jualan pertama, projek tersebut tidak dapat diteruskan. Walaupun begitu, Shirtvoice merupakan projek pertama saya sebagai seorang usahawan dan telah memberi pengajaran serta pengalaman yang amat berguna.
Setelah Shirtvoice, saya membantu Ros untuk satu projek lain yang dia sedang usahakan ketika itu, iaitu butik online RAFA LEGACY. Bermula daripada situ, akhirnya saya dan Ros bersetuju untuk menjadi rakan kongsi meneruskan projek RAFA LEGACY itu yang kemudiannya disertai oleh abang kepada Ros sehingga tertubuhnya RAFALEGACY.COM.
Dalam pada masa yang sama, saya terus meneroka alam maya internet yang luas ini untuk mencari peluang-peluang. Saya bertemu dengan ramai mentor antaranya Bob Proctor, Jim Rohn, Claudia Eifert, Michelle Pescosolido dan Ray Higdon. Sehinggalah suatu hari saya terdengar satu pengumuman oleh Ray Higdon tentang membukaan sebuah Syarikat Kelab Pelancongan di Malaysia yang dinamakan WorldVentures.
Saya sangat berdedikasi untuk membantu orang ramai memanfaatkan teknologi internet yang begitu canggih ini untuk menjana pendapatan. Oleh itu, saya bina website ini, sebagai platform utama untuk menyampaikan secebis pengetahuan yang saya ada. Selain itu, saya juga mempunyai sebuah Facebook page, Your Guru Amierrul Scabe serta Youtube Channel, Amierrul Scabe untuk maksud yang sama. Saya harapkan ada di antara anda yang mendapat ilmu yang berguna dan membantu di sini.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kerana melawat website ini.

Yang Benar,
Amierrul Scabe

No comments:

Post a Comment