MLM Daftar Sebelum Kongsi


Setelah kita menyukai satu syarikat MLM mungkin kerana produknya yang terbaik, sistem terbaik dan yang penting kita tahu bahawa kita boleh menjana keuntungan melaluinya , antara kesalahan yang sering dilakukan di Malaysia sebelum menyertai mana-mana Syarikat MLM adalah mempromosikan peluang tersebut terlebih dahulu dengan keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan rapat sebelum kita sendiri mendaftar. Berdasarkan pengalaman ini adalah satu kesalahan yang besar kerana soalan yang paling kerap ditanya kembali adalah SUDAHKAH KITA SENDIRI MENYERTAI MLM TERSEBUT.
Mereka sebenarnya ingin mengetahui adakah kita benar-benar yakin dengan syarikat ini. Jika Ya! Kenapa tidak daftar lagi?! Percayalah mereka tidak akan menyertainya kerana kita sendiri belum yakin dengan apa yang kita kongsikan. Akhirnya, kitalah yang kehilangan prospek berharga ini.
Oleh itu, pesanan saya adalah pastikan anda buat kajian betul-betul tentang peluang MLM anda, yakinkan diri dahulu kemudian daftar dan alami sendiri produk syarikat tersebut sebelum anda menghebahkan peluang MLM ini atau produk syarikat MLM ini kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment