Your Guru Amierrul Scabe

Alhamdulilah setelah bertungkus lumus beberapa hari ni siap juga website buatan sendiri ini walaupun dari tak tahu apa-apa. Jemputlah lawati.

Tujuan sebenar nak dapatkan akaun adsense tapi nampaknya lambat lagi. SEO mainly guna SEO plugin, backlinks dan keyword planner.

Sesiapa yang bermurah hati nak kongsikan teknik-teknik SEO amat dialu-alukan. Setakat 3-4 hari ini traffic banyak dari Reddit sahaja. Ada website lain?

Jemput lawati Your Guru Amierrul Scabe . com dengan menekan link di bawah:-
http://q.gs/7X7LB



Cara buat Facebook Ads




Bidang pemasaran ataupun marketing adalah aspek yang paling penting dalam sesuatu perniagaan. Ada mentor-mentor yang mencadangkan untuk memperuntuk sehingga 80% masa dan modal perniagaan untuk tujuan menghebahkan perniagaan kita ataupun dalam kata yang lain pengiklanan.
Salah satu medium yang paling bagus untuk tujuan pengiklanan di internet adalah melalui iklan di Facebook ataupun lebih dikenali sebagai Facebook Ads. Seperti yang anda tahu, berjuta orang menggunakan Facebook setiap hari. Dengan Facebook ads anda boleh mengiklankan Facebook Page perniagaan anda secara terus kepada bakal pelanggan anda.
Antara kebaikan menggunakan Facebook Ads adalah:-
- Memilih lokasi bakal pelanggan anda
- Memilh umur bakal pelanggan anda yang spesifik
- Paling penting, anda boleh mensasarkan bakal pelanggan anda melalui minat ataupun interest mereka di Facebook
Penting juga untuk anda ketahui bahawa Facebook Ads menentukan minat seseorang berdasarkan Page, Group dan gambar-gambar yang sering bakal pelanggan anda LIKE serta perkara-perkara yang mereka sering kongsikan di wall Facebook mereka.
Oleh itu, kita sebagai peniaga haruslah memanfaatkan medium ini supaya kita boleh mencapai kepada bakal pelanggan kita secara terus.
Suka saya ingatkan juga bahawa Facebook Ads boleh memakan kos yang tinggi. Namun, kos ini boleh dikurangkan jika anda betul-betul mengenal siapakah bakal pelanggan anda. Untuk ini, saya mencadangkan anda untuk membuat bisnes kanvas dan avatar pelanggan untuk produk anda.
Dalam video ini saya berkongsi cara bagaimana saya buat iklan di Facebook dengan menggunakan Facebook Ads. Semoga membantu.
Cara membuat Facebook Ads:-
1. Buat status di Facebook page anda.
Anda boleh memilih untuk membuat status secara direct di mana anda terus menjual ataupun indirect iaitu dengan berkongsi value perkhidmatan anda dahulu.
Masukkan gambar di dalam post anda. Pastikan gambar anda tidak menggandungi terlalu banyak tulisan iaitu kurang daripada 20% daripada gambar tersebut. Jika tidak Facebook Ads anda akan ditolak daripada pengiklanan.
Pastikan ada Call-To-Action ataupun apa yang anda ingin bakal pelanggan anda lakukan untuk membeli seperti mesej, email, whatsapp dan sebagainya.
Pastikan anda masukkan link Facebook Message untuk memudahkan pelanggan anda seperti:
2. Tekan butang setting di Facebook (atas kanan Facebook anda)
3. Tekan Create Ads.
3. Pilih Post Engagement menggunakan Facebook Ads.
4. Pilih Facebook Page yang anda ingin iklankan menggunakan Facebook Ads.
5. Pilih Post yang anda ingin iklankan menggunakan Facebook Ads.
6. Pilih untuk iklankan di newsfeed atau right column atau kedua-duanya sekali.
7. Pilih lokasi, umur, jantina serta maklumat-maklumat lain bakal pelanggan anda.
8. Pilh interest mengikut bakal pelanggan anda.
Interest yang betul adalah amat penting untuk anda memastikan hanya orang yang tepat sahaja boleh melihat Facebook Ads anda. Selain memastikan kebarangkalian untuk membeli setelah membaca Facebook Ads anda, interest yang betul boleh membantu menjimatkan kos Facebook Ads anda.
9. Pilih budget untuk campaign Facebook ads anda
Saya cadangkan untuk anda menetapkan nilai maksimum yang anda boleh gunakan untuk Facebook Ads setiap hari dalam USD 5 hingga USD 10 sahaja setiap hari.
Saya cadangkan juga untuk anda pilih schedule running continuously. Anda boleh kemudiannya pause atau memberhentikan iklan anda pada bila-bila masa.
10. Pilih bid dan price
Saya cadangkan anda untuk memilih bid for clicks iaitu Facebook hanya charge anda setiap kali bakal pelanggan anda menekan iklan anda dan pilih manually set your maximum bid for click (CPC). Untuk permulaan anda boleh ikut suggested bid yang Facebook cadangkan.
11. Akhir sekali tekan SAVE.

Setelah anda tekan SAVE, Facebook akan review iklan anda dan ini selalunya mengambil masa seawal-awalnya 10 minit sehingga beberapa jam.
Semoga membantu. Selamat mencuba.

Suka MLM? Kenapa ya?



Kenapa Saya Suka MLM?
Hari ini saya akan berkongsikan dengan anda semua sebab utama kenapa saya suka MLM.
1) Saya sangat suka akan budaya tolong-menolong yang ada dalam sistem MLM.
Mungkin anda tidak percaya. Tetapi ketahuilah bahawa kejayaan seorang sponsor (upline) adalah bergantung kepada kejayaan orang yang mereka daftarkan (downline) dan kejayaan downline pula bergantung kepada kredibiliti upline atau sponsor mereka. Ramai yang tidak suka MLM dan menyangka MLM sama seperti skim piramid di mana sebaik sahaja upline daftarkan orang di bawah mereka, mereka sudah boleh goyang kaki dan kutip duit setiap bulan. Tidak! tidak sama sekali. Sekiranya sponsor anda seorang yang tidak bertanggungjawab mereka pasti tidak dapat bertahan lama dalam sistem ini.
Dalam sistem MLM sekiranya anda tidak membantu orang di bawah anda untuk berkembang, mereka akan lari dan anda kena cari orang baru. Dan orang di bawah juga boleh jadi lebih kaya dan berjaya daripada sponsor mereka jika mereka berusaha lebih gigih. Langsung tidak sama dengan skim piramid yang tidak diiktiraf di Malaysia.
Apakah kepentingan seorang sponsor yang berkedibiliti? Seorang sponsor bertanggungjawab membantu downline menyediakan medium untuk mereka berkembang dalam satu kumpulan. Sponsor juga selaku seorang yang berpengalaman bertanggungjawab memberikan bantuan menerangkan sistem syarikat dengan lebih terperinci dan memberi latihan yang sewajarnya kepada ahli. Sebagai contoh, bagaimana untuk berinteraksi dan cara terbaik untuk "close deal" dengan prospek mereka.
"Tugas seorang network marketer bermula sebaik sahaja mereka mendaftarkan ahli baru bukan sebelum!!"
Tetapi apa yang paling penting, sekiranya sponsor anda berjaya anda juga boleh berkongsi kejayaan tersebut dengan prospek anda nanti untuk meningkatkan kepercayaan mereka terhadap syarikat MLM anda. Juga jika network marketer dari syarikat lain juga berjaya, ianya turut memberi inspirasi kepada anda bahawa sistem MLM sememangnya boleh memberi kejayaan bagi mereka yang berusaha. Ramai yang gagal bukan kerana syarikat tersebut scam dan sebagainya, tetapi adalah di atas dua sebab iaitu mereka berhenti berusaha dan mereka tidak mahu menambah ilmu berkenaan network marketing.
2) Saya suka MLM kerana dapat membantu mereka yang berada dalam kesusahan untuk sama-sama berjaya!
Terlalu ramai orang yang susah dan perlukan bantuan untuk berjaya. Ada yang kurang dari sudut pelajaran maka terpaksa mengganggur. Ada juga yang kesempitan wang tetapi tiada peluang atau tidak tahu cara untuk mencari wang. Ada yang sukakan bisnes tetapi tidak ada produk untuk dipasarkan. Ibu-ibu tunggal, suri rumah yang ingin membantu suami bekerja dari rumah dan sebagainya.
Jadi saya ingin membantu mereka untuk sama-sama berjaya dalam satu kumpulan yang hebat. Saya akan kongsikan apa yang mentor saya ajarkan kepada saya, kemudian mereka pula akan berkongsi kepada downline mereka.
Baiklah itu sahaja yang saya ingin kongsikan kali ini. Harap ianya dapat memberikan anda sedikit semangat dan motivasi MLM yang jarang-jarang kita dengar. Yang paling penting anda juga perlu suka MLM anda!
Sekian terima kasih.

MLM Malaysia Lapar Dengan Kejayaan



Pada hari ini kita akan teruskan lagi sesi perkongsian dengan topik "Adakah anda benar-benar lapar untuk berjaya?".
Jika anda benar-benar ingin berjaya, pertama sekali JANGAN MALU!! Jangan malu dengan syarikat MLM anda dan jangan malu untuk berkongsikan peluang yang anda ada ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan anda. Jika anda lihat kebanyakan network marketer yang berjaya akan menasihatkan anda untuk berkongsi terlebih dahulu dengan orang-orang yang anda kenali kerana mereka lebih percaya, yakin dan kenal anda. Kemudian barulah anda berkongsi dengan orang-orang lain melalui iklan internet dan sebagainya.
Anda perlu set minda anda bahawa, sekiranya jika anda berjaya suatu hari nanti tanpa berkongsi peluang tersebut dengan orang-orang yang anda kenali pasti mereka akan berasa sedih dan berkecil hati. Pada ketika itu anda juga pasti berasa sangat bersalah dan terfikir "Kenapa aku tak kongsikan saja dengan mereka, bukankah itu lebih mudah". Tetapi ingin saya tegaskan di sini, berkongsi bukan bermaksud memaksa atau membuat mereka kurang selesa berada di samping anda. Hanya kongsi dan sekiranya mereka tidak berminat tak perlu la anda memaksa, menipu dan sebagainya. Ramai yang kehilangan keluarga dan rakan kerana MLM tetapi bukan salah sistem MLM itu sendiri, tetapi salah individu tersebut yang sanggup menipu untuk mendaftarkan ahli baru.
"IMPIAN SAYA LEBIH BESAR DARI EGO SAYA"
Jika anda ingat kembali zaman raja lawak di awalnya tiada siapa kenal Zizan dan Johan. Mungkin ramai yang rasa apa yang mereka lakukan hanya memalukan diri sendiri di atas pentas. Tetapi kita lihat sekarang kereta apa yang mereka pakai? Ingat lagi pada Dr Rozmey? Ya, ramai yang menghina dan mengutuk beliau tetapi impian beliau lebih besar dar ego beliau! sehingga beliau mampu menjadi jutawan yang hebat menyumbang dana untuk Syria dan Gaza berjumlah jutaan ringgit.
Bagaimana pula dengan Dr. Azizan Osman? Siapa yang pernah dengar kisah lampau beliau pasti akan menangis. Kesusahan yang pernah beliau hadapi memang luar biasa. Maka sangat layak la jika kejayaan dan kekayaan beliau juga menjadi sangat luar biasa.
Anda lihat pula kedudukan mereka yang menghina dan mengutuk itu, di manakah mereka? Saya yakin mereka masih berada di takuk lama.

Jangan Lakukan Perkara Ini Dalam MLM



Kali ini saya ingin berkogsi pula dengan anda perkara-perkara yang tidak boleh atau perlu anda elakkan ketika kali pertama membentangkan tentang syarikat MLM anda kepada prospek anda.
Jangan Sesekali Sebut Nama Syarikat Anda.
- Jangan sebut nama syarikat anda sebelum anda berikan link video pengenalan syarikat anda. Bermaksud anda perlu hantar link video tersebut terlebih dahulu, ini dapat meningkatkan rasa ingin tahu mereka. Tetapi apa yang lebih penting, ianya dapat menghalang mereka daripada selidik sendiri tentang syarikat anda dan salah faham dengan informasi yang terdapat di dalam internet.
- Satu perkara yang anda perlu tahu tentang GOOGLE. Sekiranya anda type "Apple Scam" anda akan jumpa maklumat tersebut. Jadi type apa sahaja di google berkenaan scam, anda akan JUMPA! Jika mereka cari maklumat tentang syarikat anda sebagai contoh nama syarikat anda "M company" scam? Ya! mereka akan jumpa. Tetapi yang sebenarnya syarikat anda TIDAK SCAM.
jangan

Jangan Sebut Perkataan "PELUANG".
- Ini kerana perkataan "peluang" ini sudah terlalu ramai sangat yang guna, menyebabkan orang ramai berasa fobia untuk dengar perkataan itu lagi. Jika anda sebut sahaja perkataan peluang, mereka akan terus berpendapat ianya scam. Apatah lagi perkataan "MLM". Jangan sebut perkataan yang anda rasa berkaitan dengan scam.
Jangan Email Mereka Beserta LINK.
- Ramai sangat sahabat-sahabat saya dan juga orang yang saya tidak kenal menghantar email atau pun PM di Facebook secara tiba-tiba beserta LINK ke website MLM mereka. Saya panggil itu adalah email SPAM. Anda sendiri pun tahu bahawa sekiranya anda mendapat email seperti itu, anda pun tidak akan tekan link tersebut, betul tak? Jadi kenapa perlu kita buat perkara yang sia-sia seperti itu malah kawan anda juga akan berasa tidak selesa.
- Mungkin juga ianya hanya akan membuat mereka lari daripada anda. Sebagai contoh, selepas beberapa ketika anda mesej mereka semula untuk bertanya " Tuan dah tengok ke link yang saya berikan tempoh hari" mereka akan terus cakap sudah walaupun hakikatnya belum. Jadi pertama sekali perkara yang perlu anda buat adalah berkenalan. Kongsikan tentang syarikat anda sekiranya mereka berminat untuk tahu, sekurang-kurangnya selepas 3x mesej dengan mereka.
Jangan Bercakap Dengan Prospek Anda Lebih Daripada 3 Minit.
- Jangan bercakap dengan prospek anda lebih daripada 3 minit jika mereka belum menonton video tersebut. Pertama sekiranya mereka tidak berminat, ianya hanya membazirkan masa anda. Kedua mereka akan tanya soalan yang tidak perlu dan anda pula akan membuatkan mereka berasa sistem syarikat anda sangat rumit, salah faham, pening dan sebagainya.
Semoga perkongsian ini membantu anda lebih berjaya. Sekian terima kasih

Adakah Ini MLM? : Halangan Ahli MLM



Adakah ini MLM??
Hari ini kita akan membincangkan tentang "Halangan seorang ahli MLM". Sekiranya anda sudah berada lama dalam bidang ini, pasti anda pernah berhadapan dengan situasi ini di mana ketika anda sedang bersemangat untuk menerangkan tentang produk atau syarikat anda, tiba-tiba propek anda belum sempat apa-apa lagi bertanya satu soalan "killer" kepada anda. ADAKAH INI MLM? Sekiranya anda mendapat soalan tersebut, bagaimana cara anda menjawabnya?
Soalan "adakah ini MLM?" nampak memang pendek tapi tanpa ilmu yang cukup ianya boleh membuatkan anda terkedu dan tak mampu berkata apa-apa, sekaligus menyebabkan prospek anda hilang keyakinan terhadap anda. Kalau anda kata "Ya" mereka biasanya akan lari. Kalau anda kata "tidak" anda dikatakan menipu pula. Jadi apakah cara terbaik untuk berhadapan halangan yang sedemikian? Apa yang perlu anda katakan kepada mereka supaya mereka teruskan mendengar apa yang cuba anda sampaikan kepada mereka?
Anda sebenarnya hanya perlu tanya kembali kepada mereka soalan ini, "Adakah tuan/puan sedang mencari syarikat MLM?" Jika mereka kata "Ya", ini jawapan anda kepada mereka "Bagus! Kita patut bincang tentang peluang ini!" dan anda boleh teruskan pengenalan syarikat atau produk anda seperti biasa.
Tetapi jika mereka jawab "Tidak!", apa yang perlu anda katakan pada mereka? Anda hanya perlu jawab dengan jawapan yang sama! "Bagus! Kita patut bincang tentang ini!". Seterusnya anda hanya perlu jual produk syarikat anda kepada mereka tanpa mendorong mereka daftar sebagai ahli. Lama-kelamaan mereka akan lihat sendiri betapa ruginya mereka menggunakan produk syarikat anda tanpa menjadi ahli untuk menjana pendapatan sampingan. Akhirnya mereka mungkin akan terbuka hati untuk mendaftar sebagai ahli.
Jadi adakah anda sudah bersedia untuk berhadapan dengan soalan "adakah ini MLM" ?? Saya pasti anda sudah bersedia! Semoga perkongsian ini membantu dan menambah lagi ilmu anda dalam bidang network marketing ini. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan MLM anda yang lain. Terima kasih.

Motivasi MLM: Teruskan Menabur Biji Benih



Motivasi MLM: PRINSIP MENANAM DAN MENUAI (LAW OF SOWING AND REAPING)
Ada seorang petani yang sangat rajin dan bercita-cita tinggi. Beliau mempunyai biji benih tanaman yang bagus dan berkualiti. Petani ini sebenarnya dianalogikan sebagai seorang Network Marketer, manakala biji benih tersebut sebagai produk atau syarikat bagus yang ingin anda promosikan. Jadi bagaimana petani ini
Motivasi MLM 1:
Petani ini pergi menabur benih-benih berkualiti tadi di petak semaian. Namun belum sempat apa-apa, seekor burung telah menyambar benih tersebut. Maka petani tadi mempunyai dua pilihan samada untuk mengejar burung tersebut dan meninggalkan kebunnya atau teruskan menabur biji benih yang baru. Kita semua tahu tiada gunanya kita pergi mengejar burung tersebut dan perbuatan itu adalah sangat sia-sia. Inilah rahsia kejayaan yang sebenar. Pastikan anda teruskan menabur biji benih lebih daripada yang mampu disambar oleh burung-burung. Ini adalah lebih baik dan bermanfaat.
Dalam situasi sebenar, biji benih itu diibaratkan sebagai prospek anda. Anda sudah jemput rakan anda katakan Ahmad untuk berjumpa supaya anda dapat terangkan tentang syarikat atau produk anda. Tetapi tiba-tiba datang Ali, menghasut Ahmad supaya jangan join syarikat MLM anda maka Ahmad pun tak jadi datang. Ali adalah burung tersebut. Adakah anda perlu marah Ali? Tidak kerana anda tidak akan mampu untuk menahan sesiapa dari mengambil prospek anda. Jadi teruskan cari prospek yang baru. Tabur seberapa banyak biji benih yang anda ada. Jangan buang masa anda pada perkara yang anda tak boleh kawal.
Motivasi MLM 2:
Petani tersebut meneruskan usahanya menabur biji benih. Namun kali ini biji benihnya tidak disambar oleh burung tapi terjatuh di atas tanah yang berbatu pula. Maka biji benih tersebut tidak mampu untuk tumbuh. Penting yang perlu anda tahu, tanah yang berbatu itu tiada kena mengena dengan anda.
Situasi sebenar yang boleh dikaitkan dengan cerita ini adalah, anda telah mengajak Abu untuk berjumpa dan beliau bersetuju. Tetapi setelah anda terangkan kepada beliau secara terperinci, beliau kata tidak minat dan berlalu pergi. Abu diibaratkan sebagai tanah yang berbatu. Anda telah taburkan biji benih (produk) di atas tanah yang berbatu (Abu) maka anda tidak mendapat apa-apa hasil. Anda pun tertanya-tanya kenapa Abu tidak daftar. Adakah produk ini tidak berkualiti atau adakah aku tidak mampu menerangkan dengan baik? Tidak! Ianya tiada kaitan dengan anda. Anda perlu tahu, bukan semua orang yang dengar tentang produk anda akan terus mendaftar dengan anda. Dan Abu adalah salah seorang daripadanya. Jadi apa yang perlu anda lakukan? Ya! teruskan menabur biji benih yang baru.
Motivasi MLM 3:
Petani tadi teruskan juga menanam biji benih, tapi malang tidak berbau biji benihnya terjatuh pula di atas tanah yang berduri. Biji benih tersebut mula tumbuh dengan baik tetapi pucuknya pula tertusuk duri tersebut. Maka akhirnya biji benih itu pun mati.
Dalam situasi sebenar, anda telah berjaya mendaftarkan seorang ahli baru bernama Borhan. Tetapi tidak sampai beberapa bulan, Borhan ingin berhenti di atas sebab-sebab tertentu contohnya tidak ada masa, tidak ada duit atau tidak pandai pasarkan produk tersebut. Sebab-sebab ini adalah seperti duri yang membunuh anak benih anda. Sesetengah orang melepaskan peluang yang besar di atas sebab yang remeh-temeh ianya tiada kaitan dengan anda. Jadi untuk berjaya, teruskan menabur biji benih yang baru.
Situasi keempat:
Setelah berusaha menanam biji benih dengan bersungguh-sungguh tanpa berputus asa dengan dugaan dan cabaran yang mendatang, akhirnya biji benih tersebut jatuh di atas tanah yang subur. Tetapi di antara biji benih yang tumbuh itu, ada yang terbantut dan tumbuh hanya 30%, ada yang tumbuh 60% dan ada juga yang tumbuh dengan 100%.
Begitu juga dengan bisnes anda. Di dalam organisasi anda akan ada orang yang bekerja 30% sahaja, ada yang 60% sahaja dan ada juga yang bekerja 100%. Anda pun tertanya-tanya kenapa perkara ini berlaku. Ianya diluar bidang kuasa anda, jadi anda tak perlu memerah akal memikirkan bagaimana, kenapa, siapa dan sebagainya. Jangan cuba ubah mereka yang bekerja 30% untuk menjadi 60% dan 60% menjadi 100%. Anda mungkin akan jadi gila atau stress jika cuba untuk melakukannya kerana ianya sukar, jika tidak mustahil!!.
Jadi kesimpulan bagi kisah motivasi MLM di atas, usaha pada perkara yang mampu anda ubah dan jangan fikirkan perkara yang tidak mampu anda ubah. Dan bantulah orang di bawah anda supaya mereka menjadi yang terbaik berdasarkan peratusan kesungguhan mereka. Ingat, keuntungan dan kejayaan anda bergantung kepada berapa banyak usaha yang anda lakukan. Jangan berputus asa. Fikirkan apa yang kita boleh lakukan untuk terus menuju ke hadapan, iaitu teruskan usaha menyemai benih.
Saya harap kisah motivasi MLM ini akan dapat membantu rakan MLM sekalian. Sekian terima kasih.