Reset Minda MLM Malaysia



Jika anda yang membaca post ini baru sahaja melangkah ke dunia MLM, selamat datang saya ucapkan dan kepada anda yang sudah berada dalam industri ini untuk beberapa ketika, selamat berkenalan.
Tidak dapat disangkal lagi, industri MLM sering sahaja mempunyai persepsi buruk di kalangan masyarakat terutama sekali mereka yang pernah gagal ataupun mereka yang kurang memahami konsep perniagaan MLM.
Oleh itu, perkara penting yang pertama sekali perlu dilakukan oleh semua pemasar MLM adalah untuk reset minda kita agar boleh menghadapi segala rintangan dan halangan di masa akan datang. Berikut adalah soalan-soalan yang anda perlu jawab untuk diri anda sendiri:-
Kenapa anda sertai?
Mungkin anda sertai MLM untuk menjana pendapatan lebih supaya boleh bercuti bersama keluarga lebih kerap, atau mungkin untuk membayar hutang-hutang tertunggak atau anda sedang merancang untuk bersara awal dari pekerjaan anda.
Apa yang anda harap untuk dapat?
Mungkin anda  inginkan kereta baru, rumah baru, lebih wang, lebih masa dengan keluarga ataupun anda ingin membina perniagaan anda sendiri.
Apa erti kejayaan anda untuk orang di sekeliling anda?
Jika anda berjaya, apakah makna kejayaan itu untuk orang-orang yang anda sayangi. Mungkin mereka akan berasa lega, gembira, teruja, bersyukur dan sebagainya.
Apa yang akan berlaku jika anda tidak lakukan ini secara serius?
Mungkin impian anda semuanya akan terkubur, mungkin anda akan mengecewakan orang-orang di sekeliling anda atau mungkin anda terpaksa menanggung beban hutang yang banyak sampai bila-bila.
SIAPA YANG ANDA INGIN JADI?
Jutawan, hartawan, dermawan atau anda ingin menjadi seorang yang memberi impak baik kepada orang lain dan sebagainya.
Beri masa sejenak untuk fikirkan semua soalan di atas. Hanya anda sahaja yang mengetahui jawapan untuk soalan-soalan di atas untuk diri anda.Kemudian, ingat, tulis dan sering membacanya terutama sekali di saat-saat anda lemah dan hilang semangat. InsyaAllah, saya doakan kita sama-sama kaya dan berjaya.