Suka MLM? Kenapa ya?



Kenapa Saya Suka MLM?
Hari ini saya akan berkongsikan dengan anda semua sebab utama kenapa saya suka MLM.
1) Saya sangat suka akan budaya tolong-menolong yang ada dalam sistem MLM.
Mungkin anda tidak percaya. Tetapi ketahuilah bahawa kejayaan seorang sponsor (upline) adalah bergantung kepada kejayaan orang yang mereka daftarkan (downline) dan kejayaan downline pula bergantung kepada kredibiliti upline atau sponsor mereka. Ramai yang tidak suka MLM dan menyangka MLM sama seperti skim piramid di mana sebaik sahaja upline daftarkan orang di bawah mereka, mereka sudah boleh goyang kaki dan kutip duit setiap bulan. Tidak! tidak sama sekali. Sekiranya sponsor anda seorang yang tidak bertanggungjawab mereka pasti tidak dapat bertahan lama dalam sistem ini.
Dalam sistem MLM sekiranya anda tidak membantu orang di bawah anda untuk berkembang, mereka akan lari dan anda kena cari orang baru. Dan orang di bawah juga boleh jadi lebih kaya dan berjaya daripada sponsor mereka jika mereka berusaha lebih gigih. Langsung tidak sama dengan skim piramid yang tidak diiktiraf di Malaysia.
Apakah kepentingan seorang sponsor yang berkedibiliti? Seorang sponsor bertanggungjawab membantu downline menyediakan medium untuk mereka berkembang dalam satu kumpulan. Sponsor juga selaku seorang yang berpengalaman bertanggungjawab memberikan bantuan menerangkan sistem syarikat dengan lebih terperinci dan memberi latihan yang sewajarnya kepada ahli. Sebagai contoh, bagaimana untuk berinteraksi dan cara terbaik untuk "close deal" dengan prospek mereka.
"Tugas seorang network marketer bermula sebaik sahaja mereka mendaftarkan ahli baru bukan sebelum!!"
Tetapi apa yang paling penting, sekiranya sponsor anda berjaya anda juga boleh berkongsi kejayaan tersebut dengan prospek anda nanti untuk meningkatkan kepercayaan mereka terhadap syarikat MLM anda. Juga jika network marketer dari syarikat lain juga berjaya, ianya turut memberi inspirasi kepada anda bahawa sistem MLM sememangnya boleh memberi kejayaan bagi mereka yang berusaha. Ramai yang gagal bukan kerana syarikat tersebut scam dan sebagainya, tetapi adalah di atas dua sebab iaitu mereka berhenti berusaha dan mereka tidak mahu menambah ilmu berkenaan network marketing.
2) Saya suka MLM kerana dapat membantu mereka yang berada dalam kesusahan untuk sama-sama berjaya!
Terlalu ramai orang yang susah dan perlukan bantuan untuk berjaya. Ada yang kurang dari sudut pelajaran maka terpaksa mengganggur. Ada juga yang kesempitan wang tetapi tiada peluang atau tidak tahu cara untuk mencari wang. Ada yang sukakan bisnes tetapi tidak ada produk untuk dipasarkan. Ibu-ibu tunggal, suri rumah yang ingin membantu suami bekerja dari rumah dan sebagainya.
Jadi saya ingin membantu mereka untuk sama-sama berjaya dalam satu kumpulan yang hebat. Saya akan kongsikan apa yang mentor saya ajarkan kepada saya, kemudian mereka pula akan berkongsi kepada downline mereka.
Baiklah itu sahaja yang saya ingin kongsikan kali ini. Harap ianya dapat memberikan anda sedikit semangat dan motivasi MLM yang jarang-jarang kita dengar. Yang paling penting anda juga perlu suka MLM anda!
Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment