Motivasi MLM: Teruskan Menabur Biji Benih



Motivasi MLM: PRINSIP MENANAM DAN MENUAI (LAW OF SOWING AND REAPING)
Ada seorang petani yang sangat rajin dan bercita-cita tinggi. Beliau mempunyai biji benih tanaman yang bagus dan berkualiti. Petani ini sebenarnya dianalogikan sebagai seorang Network Marketer, manakala biji benih tersebut sebagai produk atau syarikat bagus yang ingin anda promosikan. Jadi bagaimana petani ini
Motivasi MLM 1:
Petani ini pergi menabur benih-benih berkualiti tadi di petak semaian. Namun belum sempat apa-apa, seekor burung telah menyambar benih tersebut. Maka petani tadi mempunyai dua pilihan samada untuk mengejar burung tersebut dan meninggalkan kebunnya atau teruskan menabur biji benih yang baru. Kita semua tahu tiada gunanya kita pergi mengejar burung tersebut dan perbuatan itu adalah sangat sia-sia. Inilah rahsia kejayaan yang sebenar. Pastikan anda teruskan menabur biji benih lebih daripada yang mampu disambar oleh burung-burung. Ini adalah lebih baik dan bermanfaat.
Dalam situasi sebenar, biji benih itu diibaratkan sebagai prospek anda. Anda sudah jemput rakan anda katakan Ahmad untuk berjumpa supaya anda dapat terangkan tentang syarikat atau produk anda. Tetapi tiba-tiba datang Ali, menghasut Ahmad supaya jangan join syarikat MLM anda maka Ahmad pun tak jadi datang. Ali adalah burung tersebut. Adakah anda perlu marah Ali? Tidak kerana anda tidak akan mampu untuk menahan sesiapa dari mengambil prospek anda. Jadi teruskan cari prospek yang baru. Tabur seberapa banyak biji benih yang anda ada. Jangan buang masa anda pada perkara yang anda tak boleh kawal.
Motivasi MLM 2:
Petani tersebut meneruskan usahanya menabur biji benih. Namun kali ini biji benihnya tidak disambar oleh burung tapi terjatuh di atas tanah yang berbatu pula. Maka biji benih tersebut tidak mampu untuk tumbuh. Penting yang perlu anda tahu, tanah yang berbatu itu tiada kena mengena dengan anda.
Situasi sebenar yang boleh dikaitkan dengan cerita ini adalah, anda telah mengajak Abu untuk berjumpa dan beliau bersetuju. Tetapi setelah anda terangkan kepada beliau secara terperinci, beliau kata tidak minat dan berlalu pergi. Abu diibaratkan sebagai tanah yang berbatu. Anda telah taburkan biji benih (produk) di atas tanah yang berbatu (Abu) maka anda tidak mendapat apa-apa hasil. Anda pun tertanya-tanya kenapa Abu tidak daftar. Adakah produk ini tidak berkualiti atau adakah aku tidak mampu menerangkan dengan baik? Tidak! Ianya tiada kaitan dengan anda. Anda perlu tahu, bukan semua orang yang dengar tentang produk anda akan terus mendaftar dengan anda. Dan Abu adalah salah seorang daripadanya. Jadi apa yang perlu anda lakukan? Ya! teruskan menabur biji benih yang baru.
Motivasi MLM 3:
Petani tadi teruskan juga menanam biji benih, tapi malang tidak berbau biji benihnya terjatuh pula di atas tanah yang berduri. Biji benih tersebut mula tumbuh dengan baik tetapi pucuknya pula tertusuk duri tersebut. Maka akhirnya biji benih itu pun mati.
Dalam situasi sebenar, anda telah berjaya mendaftarkan seorang ahli baru bernama Borhan. Tetapi tidak sampai beberapa bulan, Borhan ingin berhenti di atas sebab-sebab tertentu contohnya tidak ada masa, tidak ada duit atau tidak pandai pasarkan produk tersebut. Sebab-sebab ini adalah seperti duri yang membunuh anak benih anda. Sesetengah orang melepaskan peluang yang besar di atas sebab yang remeh-temeh ianya tiada kaitan dengan anda. Jadi untuk berjaya, teruskan menabur biji benih yang baru.
Situasi keempat:
Setelah berusaha menanam biji benih dengan bersungguh-sungguh tanpa berputus asa dengan dugaan dan cabaran yang mendatang, akhirnya biji benih tersebut jatuh di atas tanah yang subur. Tetapi di antara biji benih yang tumbuh itu, ada yang terbantut dan tumbuh hanya 30%, ada yang tumbuh 60% dan ada juga yang tumbuh dengan 100%.
Begitu juga dengan bisnes anda. Di dalam organisasi anda akan ada orang yang bekerja 30% sahaja, ada yang 60% sahaja dan ada juga yang bekerja 100%. Anda pun tertanya-tanya kenapa perkara ini berlaku. Ianya diluar bidang kuasa anda, jadi anda tak perlu memerah akal memikirkan bagaimana, kenapa, siapa dan sebagainya. Jangan cuba ubah mereka yang bekerja 30% untuk menjadi 60% dan 60% menjadi 100%. Anda mungkin akan jadi gila atau stress jika cuba untuk melakukannya kerana ianya sukar, jika tidak mustahil!!.
Jadi kesimpulan bagi kisah motivasi MLM di atas, usaha pada perkara yang mampu anda ubah dan jangan fikirkan perkara yang tidak mampu anda ubah. Dan bantulah orang di bawah anda supaya mereka menjadi yang terbaik berdasarkan peratusan kesungguhan mereka. Ingat, keuntungan dan kejayaan anda bergantung kepada berapa banyak usaha yang anda lakukan. Jangan berputus asa. Fikirkan apa yang kita boleh lakukan untuk terus menuju ke hadapan, iaitu teruskan usaha menyemai benih.
Saya harap kisah motivasi MLM ini akan dapat membantu rakan MLM sekalian. Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment