MLM Malaysia Lapar Dengan Kejayaan



Pada hari ini kita akan teruskan lagi sesi perkongsian dengan topik "Adakah anda benar-benar lapar untuk berjaya?".
Jika anda benar-benar ingin berjaya, pertama sekali JANGAN MALU!! Jangan malu dengan syarikat MLM anda dan jangan malu untuk berkongsikan peluang yang anda ada ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan anda. Jika anda lihat kebanyakan network marketer yang berjaya akan menasihatkan anda untuk berkongsi terlebih dahulu dengan orang-orang yang anda kenali kerana mereka lebih percaya, yakin dan kenal anda. Kemudian barulah anda berkongsi dengan orang-orang lain melalui iklan internet dan sebagainya.
Anda perlu set minda anda bahawa, sekiranya jika anda berjaya suatu hari nanti tanpa berkongsi peluang tersebut dengan orang-orang yang anda kenali pasti mereka akan berasa sedih dan berkecil hati. Pada ketika itu anda juga pasti berasa sangat bersalah dan terfikir "Kenapa aku tak kongsikan saja dengan mereka, bukankah itu lebih mudah". Tetapi ingin saya tegaskan di sini, berkongsi bukan bermaksud memaksa atau membuat mereka kurang selesa berada di samping anda. Hanya kongsi dan sekiranya mereka tidak berminat tak perlu la anda memaksa, menipu dan sebagainya. Ramai yang kehilangan keluarga dan rakan kerana MLM tetapi bukan salah sistem MLM itu sendiri, tetapi salah individu tersebut yang sanggup menipu untuk mendaftarkan ahli baru.
"IMPIAN SAYA LEBIH BESAR DARI EGO SAYA"
Jika anda ingat kembali zaman raja lawak di awalnya tiada siapa kenal Zizan dan Johan. Mungkin ramai yang rasa apa yang mereka lakukan hanya memalukan diri sendiri di atas pentas. Tetapi kita lihat sekarang kereta apa yang mereka pakai? Ingat lagi pada Dr Rozmey? Ya, ramai yang menghina dan mengutuk beliau tetapi impian beliau lebih besar dar ego beliau! sehingga beliau mampu menjadi jutawan yang hebat menyumbang dana untuk Syria dan Gaza berjumlah jutaan ringgit.
Bagaimana pula dengan Dr. Azizan Osman? Siapa yang pernah dengar kisah lampau beliau pasti akan menangis. Kesusahan yang pernah beliau hadapi memang luar biasa. Maka sangat layak la jika kejayaan dan kekayaan beliau juga menjadi sangat luar biasa.
Anda lihat pula kedudukan mereka yang menghina dan mengutuk itu, di manakah mereka? Saya yakin mereka masih berada di takuk lama.

No comments:

Post a Comment