Resepi Network Marketing 04:

Jangan memaksa pelanggan! 

*Warning: Agak panjang sikit maaf ye*

- Kebanyakan network marketer yang berjaya tidak pernah memaksa mana-mana pelanggan untuk menyertai mereka atau membeli produk syarikat mereka. 

- Pelik tapi benar, network marketer tidak sama dengan salesperson. Anda tidak perlu meyakinkan prospek anda kenapa syarikat/produk anda adalah yang terbaik. Memaksa mereka nampak kelebihan produk anda, menyukai apa yang anda suka dan sebagainya.

- Anda hanya perlu share sahaja tentang produk anda dan kelebihannya. Sekiranya mereka suka dan ingin tahu dengan lebih lanjut, anda hanya perlu jawab persoalan mereka. Jangan lebih dari itu. Sekiranya tidak, tak mengapa. We go for quantity. Lebih banyak orang yang anda share tentang produk anda, pasti akhirnya ada juga orang yang akan nampak kelebihan produk syarikat anda 

"Fill your pipeline and one day it will burst"

- Dalam bisnes ini, quantity lebih baik berbanding quality. Bermaksud, anda tidak perlu sama sekali meyakinkan pelanggan anda bertubi-tubi sehingga mereka membeli produk anda. Ianya hanya membazirkan masa anda! Just share dan go on ke pelanggan seterusnya. Kalau mereka nampak kelebihan yang anda ingin tunjukkan alhamdulillah. Kalau tidak, tak mengapa, kadang-kadang mereka perlukan masa untuk berfikir. Just jangan buat mereka berasa tidak selesa dengan anda ok! 

- Maksud share di sini, bukannya hantar sebanyak mungkin spam kepada orang lain. Anda perlu membina hubungan dan kepercayaan terlebih dahulu, bukan tinggalkan link ke inbox orang lain itu spam namanya  Yang ni sy share lain kali ye.

Jika anda ada pendapat yang lain, tak mengapa. Ilmu Tuhan kan sangat-sangat luas 

Sekiranya anda rasa ilmu ini berguna untuk anda, jangan lupa share dengan rakan-rakan yang lain. Copy paste pun takpe biasanya kalau share orang tak tengok sangat. Sebarkan ilmu yang bermanfaat, kerana pahalanya berterusan walaupun setelah anda meninggal dunia 

Mentor: Mix coaching from successful network marketers (Team Start Living)

No comments:

Post a Comment