Multi Level Marketing SCAMS

Multi Level Marketing adalah TIPU?!
Kebanyakan orang yang gagal dalam MLM, bukan kerana MLM itu tipu tetapi kerana kegagalan mereka mencari ahli yang ingin menyertai mereka.
Mungkin yang tipu itu adalah rakan mereka yang mempromosikan bulan dan bintang kepada mereka agar teruja untuk menyertai MLM. Yang pasti tidak ada yang senang di dalam dunia, MLM bukan jalan pintas untuk kaya.
MLM adalah sebuah perniagaan. Perbezaannya, daripada menggunakan pengiklanan di TV, Radio, Surat Khabar dan Bill Board, MLM menggunakan pelanggan yang ada semangat keusahawanan untuk mempromosikan barangan mereka dan sebagai ganjaran, mereka mendapat komisen atas jualan tersebut.
Apakah perkara paling penting dalam bisnes? Ya, PEMASARAN. MLM adalah medium yang terbaik untuk anda belajar tentang marketing. Pendek kata, jika anda berjaya dalam MLM, anda boleh berjaya dalam perniagaan anda yang lain!

No comments:

Post a Comment